Monday 16 November 2009

TEAM KEBUDAYAAN SeKeMas

Team Kebudayaan SeKeMas telah ditubuhkan semenjak tahun 2006. Saban tahun pelbagai tarian digubah dan dipersembahkan semata-mata untuk memeriahkan lagi acara yang diadakan dan Saban tahun juga team ini bertukar wajah. Tidak kira apa jua acara sama ada sukan di padang ataupun acara rasmi di dewan, pasti kelibat Team Kebudayaan SeKeMas ada di situ untuk mewarnai suasana.


Bukan nak temberang, tapi rasanya macam tawar-taawar kalau team kebudayaan SeKeMas ni tidak beraksi..

Semenjak ianya ditubuhkan, pelbagai kerenah pelajar yang menyertai team ini. Ada yang kayu, ada yang 'sutung', papan, playwood, tonduyutung dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang mempunyai kebolehan luar biasa yang boleh masuk dalam apa jua genre tarian yang diperkenalkan, serba boleh la katakan... Walau apapun sifat mereka, saya amat berterima kasih dan amat berbangga dengan team ini dan semua bekas-bekas ahlinya. Jauh sudah pengembaraan mereka dalam memperjuangkan kebudayaan ini dari peringkat sekolah, daerah, negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Bagi saya apa yang penting dalam team ini bukan sahaja persembahan yang menarik tapi disiplin diri dan tranformasi yang dapat saya terapkan kepada ahli-ahli team. Buktinya, persembahan tetap cemerlang walaupun ada yang kayu.. kerana yang kayu itu juga sudah dapat ditransformasikan menjadi selembut satin hasil jerih payah latihan yang tidak mengenal penat dan disiplin yang tinggi.
Dengan hanya berbekalkan tempoh latihan yang singkat dan terhad, disertai dengan semangat, keberanian dan kejujuran, mereka beraksi dengan penuh lemah gemalai dan tangkas. Setiap kali itu juga air mataku hampir jatuh melihatkan hasil titik peluhku.. Bukan sedih kerana tidak bagus, tetapi sebak kerana terlalu gembira.. Gembira melihat anak didikku berjaya melawan perasaan malu dan sekaligus menggamit perhatian semua penonton sepanjang persembahan. Pernahkan kita bertanya apa ganjaran yang kami dapat daripada persembahan yang cemerlang itu?? Jawapannya hanyalah tepukan yang gemuruh dari penonton. Itulah ganjaran yang kami terima setiap kali selesai persembahan selain ucapan tahniah dan pujian yang melangit.


Buat anak-anakku yang pernah menyertai Team Kebudayaan SeKeMas ini, ingatlah bahawa tiada ruginya kita menghayati budaya bangsa kita sendiri. Kita seharusnya berbangga menarikan tarian suku bangsa 1 Malaysia kita daripada anak muda lain yang tidak langsung kenal erti tarian kebudayaan.


Nampak jelas apabila ramai anak muda sekarang ini yang terpengaruh dan terikut-ikut dengan tarian Hip-hop, Breakdance, Shuffle dan bermacam-macam lagi tarian yang entah dari mana puncanya. Seperkara yang harus kita ingat, jangan sekali-kali kita lupa asal usul kita. Kita lahir dalam negara Malaysia dan kita mempunyai khazanah kebudayaan yang tidak ternilai harganya. Tidak akan lahir generasi kini kalau tidak dimulakan oleh generasi kuno dahulu yang hidup dan matinyanya bergelumang dengan kebudayaan ini. Kalau bukan kita yang sepatutnya menjunjung kebudayaan bangsa kita, siapa lagi? Kalau ditanya kepada warga asing (bukan orang Malaysia), adakah mereka mahu manyanjung kebudayaan kita? Jawapannya pasti 'TIDAK' kerana mereka juga mempunyai kebudayaan tersendiri yang harus diperjuangkan. Jadi mengapa harus kita membangga-banggakan kebudayaan orang asing sedangkan mereka tidak mahu langsung mempelajari kebudayaan kita? Tepuk dada tanya selera.. Gunakan fikiran yang waras untuk mencari jawapannya...
Selaku jurulatih tidak bertauliah kepada team ini, saya amat menyanjung tinggi kepada generasi kini yang masih mahu mempertahankan dan mengajarkan kebudayaan negara ini kepada golongan muda. Kita seharusnya berbangga apabila anak-anak kita mahu mewarisi kebudayaan yang tidak ternilai harganya ini. Suatu ketika nanti kita yang dah lanjut usia ni akan bersara dan sudah tidak mampu untuk meneruskan usaha murni ini.. generasi muda kinilah yang akan terus mewarisi, mengamalkan dan menurunkannya kepada generasi akan datang. Bak kata pepatah, 'yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang pro kebudayaan. Jangan berhenti selagi hayat dikandung badan... Hidup Malaysia!! Adios...

BY : PAPA DARWISH

No comments:

Post a Comment