Friday 5 August 2011

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN @ MELAKA 2011

Tarikh 18-22 April 2011 merupakan tarikh bersejarah bagi 2 orang pelajar sekolah ini iaitu adik Mohd. Syahmi Hazim B. Zulfikar dan adik Matnizar B. Bairik kerana telah terpilih untuk mewakili Negeri Sabah ke Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka, Kem Lanchang, Merlimau. Bersama kedua-dua pelajar ini adalah Cikgu Makrin Sudi yang juga telah terpilih sebagai Ketua Kontinjen Sabah dalam rombongan kali ini.

























Para peserta telah dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dalam perkhemahan kali ini seperti Ikatan dan Simpulan, Ikhtiar Hidup, Alam Sekitar, Rekacipta, Kraf Perkhemahan, Bantu Mula, Sukan Rakyat, Pandu Arah, Lawatan Sejarah dan sebagainya..
























Peserta-peserta juga telah terlibat dalam pertandingan sketsa 1 Malaysia dimana Negeri Sabah telah mempersembahkan sketsa yang diselingkan dengan tarian pelbagai etnik Negeri Sabah seperti Daling-daling, Mangiluk dan Sumazau.
Disamping aktiviti-aktiviti yang biasa dilalui dalam perkhemahan, para peserta juga telah mendapat pengalaman lain yang paling berharga seperti setiakawan, bekerjasama, semangat berkumpulan, bertimbang rasa dan lain-lain lagi.

Dalam program ini, para peserta telah dibawa melawat ke beberapa tempat seperti Zoo Melaka, Muzium Melaka, Memorial Kemerdekaan, Istana Melaka dan banyak tempat lagi. Adalah diharapkan agar para peserta bukan sahaja mendapat pengalaman dengan melawat tempat-tempat bersejarah, malahan juga menghayati nilai sebenar sejarah negara yang terpahat dan terkubur di Negeri Melaka ini.
Selain itu, para peserta juga telah dibawa melawat ke beberapa tempat lain di Kuala Lumpur seperti KLCC dan Dataran Merdeka.
Sesungguhnya pengalaman seperti ini amat jarang ditemui dan selalunya akan diperolehi oleh pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Semoga catatan yang dipaparkan ini dapat memotivasikan pelajar-pelajar lain untuk menyimpan azam agar suatu hari nanti peluang seperti ini akan datang kepada mereka pula.
Kepada pelajar-pelajar yang terpilih, saya ingin berpesan agar kehebatan anda tidak disia-siakan apabila telah diberi peluang sebaik ini. Anda merupakan orang yang terpilih diatas kecemerlangan dan nama baik anda sendiri. Jangan rosakkan nama baik yang telah anda cipa itu dengan melakukan perkara yang bakal menghancurkan diri anda sendiri. Biarlah kepercayaan yang diberikan itu terus kekal dan tidak hilang akibat tindakan BODOH yang anda lakukan sendiri. Bersyukur dan berterima kasihlah dengan peluang yang diberikan kepada anda. Jangan jadi "kacang lupakan kulit"..


Syabas buat yang berjaya dan Gambate Kudasai untuk yang belum berjaya...


Adios..

BY : PAPA DARWISH