Wednesday 26 May 2010

KEM UJIAN LENCANA PENGAKAP
















Salam Pengakap,
Tanggal 09-11 April 2010 Persatuan Pengakap Kumpulan ke-16 SK. Masalog telah menganjurkan satu Perkhemahan Ujian Lencana kepada ahli-ahli pengakapnya. Seramai 27 ahli pengakap yang meliputi pelajar tahun 4, 5 dan 6 telah diuji dalam ujian lencana keahlian dan lencana wajib yang meliputi lencana berbasikal dan lencana berenang.


Titipan ucapan ribuan terima kasih di atas jasa dan pengorbanan rakan-rakan pengakap dari peringkat kelana hinggalah ke pengakap muda dan remaja dari SMK Tandek dan SMK Bandau kerana telah banyak membantu melancarkan program yang dirancang. Semoga Tuhan saja yang akan membalas budi baik dan pengorbanan anda semua.





Syabas kepada semua peserta kerana di akhir program ini ternyata objektif program ini tercapai dengan cemerlang. Kesemua 27 peserta telah dianugerahkan lencana keahlian dan diterima sebagai ahli dalam persaudaraan pengakap sedunia. Disamping itu, para peserta juga telah dianugerahkan lencana wajib (Berbasikal / Berenang) selepas kesemua mereka telah melepasi tahap lulus dalam ujian berkenaan.
























































Acara yang bersejarah ini juga menyaksikan 7 orang Ketua Enam Sekawan, 7 orang Penolong Ketua Enam Sekawan dan seorang Troop Leader telah dianugerahkan watikah perlantikan mereka bagi tahun 2010. Syabas dan tahniah.. semoga anda dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna.




























Selepas perkhemahan ini, Persatuan Pengakap sekolah ini merancang untuk mengadakan satu lagi perkhemahan iaitu Perkhemahan Ujian Lencana Keris Gangsa bagi ahli-ahli pengakap yang telah lulus lencana wajib dan lencana kegemaran. Jumpa anda di sana......

Adios

BY : PAPA DARWISH

Saturday 27 February 2010

SK. MASALOG JUARA KESELURUHAN MSS ZON 4 2010

Pada 22-25hb Feb lepas acara sukan MSS Zon 4 telah berlangsung di Padang SMK Tandek, Kota Marudu. Acara ini merupakan acara tahunan bagi sekolah-sekolah Zon 4 di mana pada kali ini Sk. Gana merupakan tuan rumah sukan. Walau bagaimanapun acara ini telah dijalankan di Padang SMK Tandek atas persetujuan bersama di antara guru-guru dalam Zon 4.


Dalam kejohanan kali ini SK. Masalog telah menjadi Johan Keseluruhan dengan mengutip sebanyak 7 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. SK. Masalog juga telah menjadi Johan dalam Pertandingan Perbarisan, Johan dalam Permainan Bola Jaring, Johan dalam Permainan Badminton, Naib Johan dalam Permainan Bola Baling dan tempat ketiga dalam Permainan Sepak Takraw dan Bola Sepak.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Jurulatih sekolah En. Jimson Majemal. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada En. Roland Tiwon dan Pn. Noramnah Jais selaku Jurulatih pasukan sekolah yang telah bertungkus lumus melatih para atlet tanpa mengira panas terik. Ucpan Tahniah juga diberikan kepada En. Makrin Sudi dan En. Fadilis Idaron selaku Jurulatih Pasukan Perbarisan sekolah. Usaha dan pengorbanan anda telah membuahkan hasil dengan pencapaian altet yang sungguh membanggakan sekolah. Ucapan tahniah juga diberikan kepada adik Anthony Majikan kerana telah dipilih sebagai Olahragawan MSS Zon 4 pada kali ini. Syabas dan tahniah sekali lagi.