Saturday 27 February 2010

SK. MASALOG JUARA KESELURUHAN MSS ZON 4 2010

Pada 22-25hb Feb lepas acara sukan MSS Zon 4 telah berlangsung di Padang SMK Tandek, Kota Marudu. Acara ini merupakan acara tahunan bagi sekolah-sekolah Zon 4 di mana pada kali ini Sk. Gana merupakan tuan rumah sukan. Walau bagaimanapun acara ini telah dijalankan di Padang SMK Tandek atas persetujuan bersama di antara guru-guru dalam Zon 4.


Dalam kejohanan kali ini SK. Masalog telah menjadi Johan Keseluruhan dengan mengutip sebanyak 7 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. SK. Masalog juga telah menjadi Johan dalam Pertandingan Perbarisan, Johan dalam Permainan Bola Jaring, Johan dalam Permainan Badminton, Naib Johan dalam Permainan Bola Baling dan tempat ketiga dalam Permainan Sepak Takraw dan Bola Sepak.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Jurulatih sekolah En. Jimson Majemal. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada En. Roland Tiwon dan Pn. Noramnah Jais selaku Jurulatih pasukan sekolah yang telah bertungkus lumus melatih para atlet tanpa mengira panas terik. Ucpan Tahniah juga diberikan kepada En. Makrin Sudi dan En. Fadilis Idaron selaku Jurulatih Pasukan Perbarisan sekolah. Usaha dan pengorbanan anda telah membuahkan hasil dengan pencapaian altet yang sungguh membanggakan sekolah. Ucapan tahniah juga diberikan kepada adik Anthony Majikan kerana telah dipilih sebagai Olahragawan MSS Zon 4 pada kali ini. Syabas dan tahniah sekali lagi.