Sunday 8 May 2011

KURSUS KETUA ENAM SEKAWAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2011

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kota Marudu sekali lagi tampil dengan program Kursus Ketua Enam Sekawan Peringkat Daerah Kota Marudu. Kali ini kursus tersebut telah diadakan di SK. Masalog, Kota Marudu pada 29 April hingga 01 May 2011 yang lepas.

Seramai 52 orang peserta daripada sekolah-sekolah rendah yang berdaftar untuk tahun 2011-2013 telah menyertai program ini. Kursus ini telah dipengerusikan oleh En. Cristito Kualah (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah unit Pengakap kanak-kanak) dari SK. Ongkilan dengan dibantu oleh En. Muhamad Amat (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah unit Program).
SK. Masalog telah menghantar seramai 7 orang peserta bagi mengikuti kursus ini iaitu Mohd. Ridhwan Bin Mohd. Lee, Mohd. Aliff Bin Abdullah, Mohd. Izzul Idlan Bin Binsal, Khairul Nizam Bin Abd. Malik, Deljackie John, Mohd. Zul Helmi Bin Jenawa dan Amirul Bin Aliamat.
Pihak sekolah berasa amat bangga diatas penghormatan yang diberikan kepada sekolah ini sebagai tuan rumah bagi program ini. Sekurang-kurangnya program seperti ini telah membuka peluang kepada guru dan pelajar sekolah-sekolah ini untuk menyumbang dan berkhidmat dalam menyediakan prasarana serta persediaan yang diperlukan bagi program ini.
Para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang meliputi ujian-ujian yang ditawarkan dalam Skim Lencana Keris Gangsa. Selaku Ketua Kursus, saya berpendapat bahawa kursus kali ini berjaya mencapai matlamatnya kearah melahirkan Ketua-ketua Enam Sekawan yang mampu memimpin kumpulan mereka di sekolah masing-masing kelak. Kesemua peserta telah mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti dan ujian yang dijalankan.


Dalam program ini adik Mohd. Ridhwan Mohd. Lee dari sekolah ini telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan kategori lelaki.
Bagi pihak pengelola program ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini sama ada secara langsung ataupun tidak sehingga program ini berjaya dengan cemerlang mencapai objektifnya.
Kepada peserta-peserta, jalankanlah amanah yang diberikan kepada anda selaku Ketua Enam Sekawan di kumpulan masing-masing agar Pengakap kita terus mendapat penghormatan hasil daripada kesungguhan dan komitmen kita menjalankan tanggungjawap.


Semoga Pengakap Daerah Kota Marudu akan terus maju dan aktif sampai bila-bila dengan lahirnya ahli-ahli pengakap tersohor yang mempunyai banyak pengalaman dan ilmu sebagai bekalan di masa hadapan.


"ONE WORLD ONE PROMISE"
hidup pengakap.....
Adios..
BY : PAPA DARWISH