Wednesday 4 February 2015

Perjumpaan Unit Beruniform

Setiap hari Rabu merupakan hari di mana murid akan mengadakan aktiviti ko-kurikulum, sama ada Unit beruniform atau Kelab.  Minggu ini perjumpaan untuk Unit Beruniform telah diadakan bersama guru-guru pemimpin. 

 Unit Beruniform Puteri Islam

Guru Pemimpin Ustazah Mardziah sedang membimbing ahli-ahli
Puteri Islam

 Unit Beruniform Pengakap - Kelihatan Guru Pemimpin Cikgu Hafezam dan 
Cikgu Jumila bersama ahli-ahli Pengakap

 Ahli-ahli Tunas Puteri melakukan aktiviti


Tuesday 27 January 2015

LATIHAN SUKAN

Keadaan padang yang becak dan berlumpur tidak mematahkan semangat murid untuk berlatih. Demikian juga semangat guru-guru yang sanggup menjadi jurulatih. Tanggungjawab melatih peserta tetap dilaksanakan demi untuk membawa cabaran ke MSS ZON4 yang akan diadakan di SK.Sunsui pada 10.02.2015 nanti..




Tuesday 20 January 2015

1MURID 1SUKAN 2015

Program 1Murid 1Sukan mula diadakan pada hari ini.  Pembahagian murid mengikut permainan telah diadakan.  Demikian juga dengan guru-guru yang baru saja di tempatkan di sekolah ini.

PK KoKum Pn.Daini sedang memberikan ucapan kepada pelajar