Monday 23 November 2009

WORLD JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2009

Seramai 5 orang pelajar SK. Masalog telah mewakili daerah Kota Marudu ke acara World Jamboree On. The Air (JOTA) yang telah diadakan di Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 16-18 Oktober 2009. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah Mohd. Aiman Haziq @ Carldexson Bin Mahadzir, Mcruthy Jon, Elvian Bryan John, Azlan Mas dan Mohd. Syahmi Hazim Zulfikar dengan diketuai oleh Cikgu Makrin Hj. Sudi sebagai guru pengiring.

Acara ini telah menghimpunkan seramai lebih daripada 80 orang peserta dari beberapa daerah di negeri Sabah ini. Beberapa stesen JOTA dan JOTI juga dibuka di beberapa buah daerah lain di negeri ini selain stesen-stesen lain yang beroperasi di seluruh Malaysia dan dunia. Dalam acara tersebut, adik Mohd. Aiman Haziq @ Carldexson Bin Mahadzir telah dinobatkan sebagai peserta terbaik kategori pengakap kanak-kanak
.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Diharapkan agar lebih ramai lagi pelajar yang akan terlibat dalam acara peringkat antarabangsa seperti ini di lain masa. Adios..

BY: PAPA DARWISH

KOIR DAN TARIAN DI PESTA JAGUNG KOTA MARUDU 2009

Seramai 40 orang pelajar sekolah ini telah terlibat untuk membuat persembahan koir dan tarian 1 Malaysia dalam upacara pelancaran Pesta Jagung yang telah diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 22 November 2009. Upacara pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen P168 Kota Marudu dengan disaksikan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan ribuan penonton yang terdiri daripada masyarakat Mota Marudu dan pengunjung yang datang dari luar Kota Marudu.

.



Pelajar-pelajar SK. Masalog telah diberi penghormatan untuk mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku bagi membuka upacara pelancaran majlis tersebut. Selepas itu diikuti pula dengan persembahan koir 1 Malayia yang merangkumi 2 buah lagu yang mana mempunyai tajuk yang sama iaitu '1 Malaysia'.

Tarian 1 Malaysia yang dipersembahkan oleh 12 orang penari yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6 sekolah ini telah membuat satu persembahan yang 'BOOM' dalam majlis tersebut. Sangat rugi bagi mereka yang terlepas peluang menyaksikan persembahan hebat mereka pada hari itu.. Tarian yang berkonsepkan 1 Malaysia itu menggabungkan tarian Malaysia seperti Sambut Tamu, Joget, Daling-daling, Tarian India, Tarian Cina, Mengiluk dan Sumazau dengan dilengkapi pakaian tradisional rakyat Malaysia seperti Baju Melayu dan Kebaya, Chiong Sam (Cina), Dhoti (India), Kadazan, Suluk dan Bajau Kota Belud. Kata orang, "Kecil-kecil cili padi" pesembahan mereka pada hari itu harus dibanggakan oleh semua warga SeKeMas dan ucapan tahniah harus diberikan kepada semua pelajar yang terlibat (jurulatihnya jangan dilupakan pula...). Terima kasih juga kepada guru-guru yang begitu 'supportive' dalam membantu menyediakan diri penari-penari tersebut. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat membantu menaikkan lagi nama baik sekolah ini dimasa akan datang.
Syabas SeKeMas.
Adios..
 
BY : PAPA DARWISH

Monday 16 November 2009

TEAM KEBUDAYAAN SeKeMas

Team Kebudayaan SeKeMas telah ditubuhkan semenjak tahun 2006. Saban tahun pelbagai tarian digubah dan dipersembahkan semata-mata untuk memeriahkan lagi acara yang diadakan dan Saban tahun juga team ini bertukar wajah. Tidak kira apa jua acara sama ada sukan di padang ataupun acara rasmi di dewan, pasti kelibat Team Kebudayaan SeKeMas ada di situ untuk mewarnai suasana.


Bukan nak temberang, tapi rasanya macam tawar-taawar kalau team kebudayaan SeKeMas ni tidak beraksi..

Semenjak ianya ditubuhkan, pelbagai kerenah pelajar yang menyertai team ini. Ada yang kayu, ada yang 'sutung', papan, playwood, tonduyutung dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang mempunyai kebolehan luar biasa yang boleh masuk dalam apa jua genre tarian yang diperkenalkan, serba boleh la katakan... Walau apapun sifat mereka, saya amat berterima kasih dan amat berbangga dengan team ini dan semua bekas-bekas ahlinya. Jauh sudah pengembaraan mereka dalam memperjuangkan kebudayaan ini dari peringkat sekolah, daerah, negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Bagi saya apa yang penting dalam team ini bukan sahaja persembahan yang menarik tapi disiplin diri dan tranformasi yang dapat saya terapkan kepada ahli-ahli team. Buktinya, persembahan tetap cemerlang walaupun ada yang kayu.. kerana yang kayu itu juga sudah dapat ditransformasikan menjadi selembut satin hasil jerih payah latihan yang tidak mengenal penat dan disiplin yang tinggi.
Dengan hanya berbekalkan tempoh latihan yang singkat dan terhad, disertai dengan semangat, keberanian dan kejujuran, mereka beraksi dengan penuh lemah gemalai dan tangkas. Setiap kali itu juga air mataku hampir jatuh melihatkan hasil titik peluhku.. Bukan sedih kerana tidak bagus, tetapi sebak kerana terlalu gembira.. Gembira melihat anak didikku berjaya melawan perasaan malu dan sekaligus menggamit perhatian semua penonton sepanjang persembahan. Pernahkan kita bertanya apa ganjaran yang kami dapat daripada persembahan yang cemerlang itu?? Jawapannya hanyalah tepukan yang gemuruh dari penonton. Itulah ganjaran yang kami terima setiap kali selesai persembahan selain ucapan tahniah dan pujian yang melangit.


Buat anak-anakku yang pernah menyertai Team Kebudayaan SeKeMas ini, ingatlah bahawa tiada ruginya kita menghayati budaya bangsa kita sendiri. Kita seharusnya berbangga menarikan tarian suku bangsa 1 Malaysia kita daripada anak muda lain yang tidak langsung kenal erti tarian kebudayaan.


Nampak jelas apabila ramai anak muda sekarang ini yang terpengaruh dan terikut-ikut dengan tarian Hip-hop, Breakdance, Shuffle dan bermacam-macam lagi tarian yang entah dari mana puncanya. Seperkara yang harus kita ingat, jangan sekali-kali kita lupa asal usul kita. Kita lahir dalam negara Malaysia dan kita mempunyai khazanah kebudayaan yang tidak ternilai harganya. Tidak akan lahir generasi kini kalau tidak dimulakan oleh generasi kuno dahulu yang hidup dan matinyanya bergelumang dengan kebudayaan ini. Kalau bukan kita yang sepatutnya menjunjung kebudayaan bangsa kita, siapa lagi? Kalau ditanya kepada warga asing (bukan orang Malaysia), adakah mereka mahu manyanjung kebudayaan kita? Jawapannya pasti 'TIDAK' kerana mereka juga mempunyai kebudayaan tersendiri yang harus diperjuangkan. Jadi mengapa harus kita membangga-banggakan kebudayaan orang asing sedangkan mereka tidak mahu langsung mempelajari kebudayaan kita? Tepuk dada tanya selera.. Gunakan fikiran yang waras untuk mencari jawapannya...
Selaku jurulatih tidak bertauliah kepada team ini, saya amat menyanjung tinggi kepada generasi kini yang masih mahu mempertahankan dan mengajarkan kebudayaan negara ini kepada golongan muda. Kita seharusnya berbangga apabila anak-anak kita mahu mewarisi kebudayaan yang tidak ternilai harganya ini. Suatu ketika nanti kita yang dah lanjut usia ni akan bersara dan sudah tidak mampu untuk meneruskan usaha murni ini.. generasi muda kinilah yang akan terus mewarisi, mengamalkan dan menurunkannya kepada generasi akan datang. Bak kata pepatah, 'yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang pro kebudayaan. Jangan berhenti selagi hayat dikandung badan... Hidup Malaysia!! Adios...

BY : PAPA DARWISH