Monday 23 November 2009

KOIR DAN TARIAN DI PESTA JAGUNG KOTA MARUDU 2009

Seramai 40 orang pelajar sekolah ini telah terlibat untuk membuat persembahan koir dan tarian 1 Malaysia dalam upacara pelancaran Pesta Jagung yang telah diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 22 November 2009. Upacara pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen P168 Kota Marudu dengan disaksikan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan ribuan penonton yang terdiri daripada masyarakat Mota Marudu dan pengunjung yang datang dari luar Kota Marudu.

.



Pelajar-pelajar SK. Masalog telah diberi penghormatan untuk mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku bagi membuka upacara pelancaran majlis tersebut. Selepas itu diikuti pula dengan persembahan koir 1 Malayia yang merangkumi 2 buah lagu yang mana mempunyai tajuk yang sama iaitu '1 Malaysia'.

Tarian 1 Malaysia yang dipersembahkan oleh 12 orang penari yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6 sekolah ini telah membuat satu persembahan yang 'BOOM' dalam majlis tersebut. Sangat rugi bagi mereka yang terlepas peluang menyaksikan persembahan hebat mereka pada hari itu.. Tarian yang berkonsepkan 1 Malaysia itu menggabungkan tarian Malaysia seperti Sambut Tamu, Joget, Daling-daling, Tarian India, Tarian Cina, Mengiluk dan Sumazau dengan dilengkapi pakaian tradisional rakyat Malaysia seperti Baju Melayu dan Kebaya, Chiong Sam (Cina), Dhoti (India), Kadazan, Suluk dan Bajau Kota Belud. Kata orang, "Kecil-kecil cili padi" pesembahan mereka pada hari itu harus dibanggakan oleh semua warga SeKeMas dan ucapan tahniah harus diberikan kepada semua pelajar yang terlibat (jurulatihnya jangan dilupakan pula...). Terima kasih juga kepada guru-guru yang begitu 'supportive' dalam membantu menyediakan diri penari-penari tersebut. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat membantu menaikkan lagi nama baik sekolah ini dimasa akan datang.
Syabas SeKeMas.
Adios..
 
BY : PAPA DARWISH

No comments:

Post a Comment