Monday 8 October 2012

LAWATAN BERMAKLUMAT PELAJAR DAN STAF SK. MASALOG KE TAMAN PERTANIAN SABAH @ LAGUD SEBERANG

Pada 5,6,7 hb Oktober 2012 yang lepas, pelajar dan staff Sk. Masalog telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di Tenom.  Taman ini dikenali juga sebagai Taman Lagud Seberang.
Seawal jam 7.00 pagi ahli rombongan berkumpul di kawasan sekolah dan memulakan perjalanan pada jam 8.00 pagi.  Rombongan sampai di Taman Pertanian Sabah pada jam 2.50 petang.  Setibanya di taman, ahli rombongan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tinggal dalam chalet serta asrama yang telah disewa.
Setelah berehat seketika pelajar dan guru mengadakan beberapa aktiviti.










Pelajar dan staf melawat sekitar taman menaiki train..kalau mau jalan kaki atau berbasikal pun boleh juga, taman ada menyediakan basikal untuk disewa pada kadar rm2 sejam.  Keluasan taman yang boleh dilawat menaiki train ini adalah seluas 200 ekar  :)



 peserta mendengar taklimat dan membaca doa sebelum meneruskan aktiviti "jungle tracking"


 YDP PIBG turut serta dalam lawatan bermaklumat ini :)

 selain merentasi hutan, peserta perlu mendaki bukit pada ketinggian 900meter :)

 laluan yang agak mencabar, kena lalu kawasan buluh yang berduri :)

 antara spesies rebung terbesar dalam hutan ini :)



 peserta perlu menaiki lori untuk sampai ke tapak permulaan sebelum memulakan pendakian :)

 acara BBQ dan karoke turut diadakan pada sebelah malam :)



 acara penyampaian hadiah kepada peserta terbaik bagi setiap aktiviti




Setelah melalui pelbagai aktiviti selama 3 hari ahli rombongan bertolak kembali ke Kota Marudu pada hari ahad 7hb Oktober jam 11.00 pagi, Rombongan selamat sampai di Kota Marudu tanpa sebarang masalah...syukurlah dan ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang telah bekerja keras menjayakan program ini...Tahniah !!!



Monday 19 March 2012

MOHD. IRFAN KEE MENCIPTA SEJARAH

Satu sejarah telah tercipta apabila buat kedua kalinya pelajar dari SK. Masalog berjaya mewakili Zon Utara dalam pertandingan Catur Peringkat Negeri.  Kali terakhir sekolah menghantar wakil hingga ke peringkat negeri adalah pada tahun 1994, iaitu 18 tahun yang lalu melalui adik Petrus Kopong.  Setelah sekian lama akhirnya sejarah tercipta lagi..Tahniah kepada adik Mohd. Irfan Kee...semoga kejayaan terus bersama anda...


Adik Irfan bersama Pn. Daini - GPK Ko-Kum

Adik Irfan bersama cikgu Zizi - selaku guru pengiring & arbiter kejohanan

Sunday 4 March 2012

KEJOHANAN CATUR MSSD DAERAH KOTA MARUDU


1-2hb MAC 2012

INFO.
Permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia samada di ru
mah, di kelab-kelab catur, dalam talian dan dalam pertandingan. Dalam peringkat sekolah khususnya, permainan catur ini telah menjadi salah satu aktiviti ko-kurikulum samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.


Di Peringkat sekolah, sejarah catur di Daerah Kota Marudu telah bermula sekitar era 90an. Semasa kejohanan catur MSSD daerah kota marudu baru-baru ini, En. Pain Gagau selaku pengurus besar kejohanan catur MSSD Daerah Kota Marudu berkata, beliau merupakan pelajar pertama yang pernah mewakili sekolah dalam permainan catur.

                      
Kejohanan Permainan catur baru-baru ini, Sk Masalog sekali lagi dibanggakan dengan pencapaian yang sangat memberansangkan kerana pada tahun ini tiga orang murid Sk Masalog terpilih untuk mewakili zon IV ke Kejohanan Permainan Catur kali yang ke 23.

*gambar- dari kiri Mohd. Irfan Kee Charles, Joshua Rapheal Justtin dan Setinlley Maiki dalam kejohanan Catur MSSD baru-baru ini.

         

Tidak dinafikan persaingan yang hebat antara zon yang terlibat memerlukan ketahanan mental yang sangat tinggi
untuk memastikan kemenangan dikecapi.

Sangat membanggakan kerana pada tahun ini SEKEMAS mempunyai beberapa orang jaguh permainan catur untuk mewakili sekolah ke peringkat zon seterusnya mewakili zon ke peringkat daerah.

 
*gambar- adik Mohd. Irfan sangat teliti merancang strategi untuk menentang pihak lawan yang juga tidak kurang hebatnya.

Adik Mohd. Irfan Kee Charles mendapat tempat ketiga dalam kejohanan catur MSSD baru-baru ini. Beliau salah seorang yang akan mewakili daerah untuk berentap di peringkat zon
utara yang akan datang.





 
 
 
 
 
Semoga SEKEMAS terus melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum dengan menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan insan kelas pertama yang seimbang dalam pelbagai aspek.
 
 
BY : ZIZI ANDALUSIA

Wednesday 29 February 2012

KERJA AMAL TUNAS PUTERI



















Pada hari ini, unit beruniform Tunas Puteri telah mengadakan kerja khidmat sukarela.