Thursday, 26 May 2011
Sunday, 8 May 2011
KURSUS KETUA ENAM SEKAWAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2011
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kota Marudu
sekali lagi tampil dengan program Kursus Ketua Enam Sekawan Peringkat
Daerah Kota Marudu. Kali ini kursus tersebut telah diadakan di SK.
Masalog, Kota Marudu pada 29 April hingga 01 May 2011 yang lepas.
Seramai
52 orang peserta daripada sekolah-sekolah rendah yang berdaftar untuk
tahun 2011-2013 telah menyertai program ini. Kursus ini telah
dipengerusikan oleh En. Cristito Kualah (Penolong Pesuruhjaya Pengakap
Daerah unit Pengakap kanak-kanak) dari SK. Ongkilan dengan dibantu oleh
En. Muhamad Amat (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah unit Program).
SK.
Masalog telah menghantar seramai 7 orang peserta bagi mengikuti kursus
ini iaitu Mohd. Ridhwan Bin Mohd. Lee, Mohd. Aliff Bin Abdullah, Mohd.
Izzul Idlan Bin Binsal, Khairul Nizam Bin Abd. Malik, Deljackie John,
Mohd. Zul Helmi Bin Jenawa dan Amirul Bin Aliamat.
Pihak
sekolah berasa amat bangga diatas penghormatan yang diberikan kepada
sekolah ini sebagai tuan rumah bagi program ini. Sekurang-kurangnya
program seperti ini telah membuka peluang kepada guru dan pelajar
sekolah-sekolah ini untuk menyumbang dan berkhidmat dalam menyediakan
prasarana serta persediaan yang diperlukan bagi program ini.
Para
peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang meliputi ujian-ujian
yang ditawarkan dalam Skim Lencana Keris Gangsa. Selaku Ketua Kursus,
saya berpendapat bahawa kursus kali ini berjaya mencapai matlamatnya
kearah melahirkan Ketua-ketua Enam Sekawan yang mampu memimpin kumpulan
mereka di sekolah masing-masing kelak. Kesemua peserta telah mengambil
bahagian yang aktif dalam aktiviti dan ujian yang dijalankan.
Dalam program ini adik Mohd. Ridhwan Mohd. Lee dari sekolah ini telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan kategori lelaki.
Bagi
pihak pengelola program ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
program ini sama ada secara langsung ataupun tidak sehingga program ini
berjaya dengan cemerlang mencapai objektifnya.
Kepada
peserta-peserta, jalankanlah amanah yang diberikan kepada anda selaku
Ketua Enam Sekawan di kumpulan masing-masing agar Pengakap kita terus
mendapat penghormatan hasil daripada kesungguhan dan komitmen kita
menjalankan tanggungjawap.
Semoga Pengakap Daerah Kota Marudu akan terus maju dan aktif sampai bila-bila dengan lahirnya ahli-ahli pengakap tersohor yang mempunyai banyak pengalaman dan ilmu sebagai bekalan di masa hadapan.
"ONE WORLD ONE PROMISE"
hidup pengakap.....
Adios..
BY : PAPA DARWISH

Dalam program ini adik Mohd. Ridhwan Mohd. Lee dari sekolah ini telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan kategori lelaki.
Semoga Pengakap Daerah Kota Marudu akan terus maju dan aktif sampai bila-bila dengan lahirnya ahli-ahli pengakap tersohor yang mempunyai banyak pengalaman dan ilmu sebagai bekalan di masa hadapan.
"ONE WORLD ONE PROMISE"
hidup pengakap.....
Adios..
BY : PAPA DARWISH
Subscribe to:
Posts (Atom)