
Tarikh
18-22 April 2011 merupakan tarikh bersejarah bagi 2 orang pelajar
sekolah ini iaitu adik Mohd. Syahmi Hazim B. Zulfikar dan adik Matnizar
B. Bairik kerana telah terpilih untuk mewakili Negeri Sabah ke
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan yang telah
diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka, Kem Lanchang, Merlimau.
Bersama kedua-dua pelajar ini adalah Cikgu Makrin Sudi yang juga telah
terpilih sebagai Ketua Kontinjen Sabah dalam rombongan kali ini.

Para
peserta telah dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dalam perkhemahan
kali ini seperti Ikatan dan Simpulan, Ikhtiar Hidup, Alam Sekitar,
Rekacipta, Kraf Perkhemahan, Bantu Mula, Sukan Rakyat, Pandu Arah,
Lawatan Sejarah dan sebagainya..

Peserta-peserta
juga telah terlibat dalam pertandingan sketsa 1 Malaysia dimana Negeri
Sabah telah mempersembahkan sketsa yang diselingkan dengan tarian
pelbagai etnik Negeri Sabah seperti Daling-daling, Mangiluk dan Sumazau.

Disamping
aktiviti-aktiviti yang biasa dilalui dalam perkhemahan, para peserta
juga telah mendapat pengalaman lain yang paling berharga seperti
setiakawan, bekerjasama, semangat berkumpulan, bertimbang rasa dan
lain-lain lagi.
Dalam
program ini, para peserta telah dibawa melawat ke beberapa tempat
seperti Zoo Melaka, Muzium Melaka, Memorial Kemerdekaan, Istana Melaka
dan banyak tempat lagi. Adalah diharapkan agar para peserta bukan
sahaja mendapat pengalaman dengan melawat tempat-tempat bersejarah,
malahan juga menghayati nilai sebenar sejarah negara yang terpahat dan
terkubur di Negeri Melaka ini.

Selain itu, para peserta juga telah dibawa melawat ke beberapa tempat lain di Kuala Lumpur seperti KLCC dan Dataran Merdeka.

Sesungguhnya
pengalaman seperti ini amat jarang ditemui dan selalunya akan
diperolehi oleh pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
masing-masing. Semoga catatan yang dipaparkan ini dapat memotivasikan
pelajar-pelajar lain untuk menyimpan azam agar suatu hari nanti peluang
seperti ini akan datang kepada mereka pula.

Kepada
pelajar-pelajar yang terpilih, saya ingin berpesan agar kehebatan anda
tidak disia-siakan apabila telah diberi peluang sebaik ini. Anda
merupakan orang yang terpilih diatas kecemerlangan dan nama baik anda
sendiri. Jangan rosakkan nama baik yang telah anda cipa itu dengan
melakukan perkara yang bakal menghancurkan diri anda sendiri. Biarlah
kepercayaan yang diberikan itu terus kekal dan tidak hilang akibat
tindakan BODOH yang anda lakukan sendiri. Bersyukur dan berterima
kasihlah dengan peluang yang diberikan kepada anda. Jangan jadi "kacang
lupakan kulit"..
Syabas buat yang berjaya dan
Gambate Kudasai untuk yang belum berjaya...
Adios..
BY : PAPA DARWISH