Tahniah adik Benedict Jude Ronny atas kejayaan mendapat tempat Kedua Bergu 10 tahun ke bawah dalam Kejohanan Tennis Sutera Harbour Junior Age Group Tennis Tournament 2023 ( Sabah Junior Tour Leg 3 ) pada 24 - 26 Nov 2023. Tahniah juga kepada guru pembimbingnya Cikgu Md. Nin Mokti atas komitment yang tinggi. Sekolah amat berbangga dengan kejayaan ini. Teruskan kecemerlangan demi masa depan yang gemilang.
KO-KURIKULUM
Monday, 27 November 2023
Wednesday, 4 February 2015
Perjumpaan Unit Beruniform
Setiap hari Rabu merupakan hari di mana murid akan mengadakan aktiviti ko-kurikulum, sama ada Unit beruniform atau Kelab. Minggu ini perjumpaan untuk Unit Beruniform telah diadakan bersama guru-guru pemimpin.
Unit Beruniform Puteri Islam
Guru Pemimpin Ustazah Mardziah sedang membimbing ahli-ahli
Puteri Islam
Unit Beruniform Pengakap - Kelihatan Guru Pemimpin Cikgu Hafezam dan
Cikgu Jumila bersama ahli-ahli Pengakap
Ahli-ahli Tunas Puteri melakukan aktiviti
Tuesday, 27 January 2015
LATIHAN SUKAN
Keadaan padang yang becak dan berlumpur tidak mematahkan semangat murid untuk berlatih. Demikian juga semangat guru-guru yang sanggup menjadi jurulatih. Tanggungjawab melatih peserta tetap dilaksanakan demi untuk membawa cabaran ke MSS ZON4 yang akan diadakan di SK.Sunsui pada 10.02.2015 nanti..
Tuesday, 20 January 2015
1MURID 1SUKAN 2015
Program 1Murid 1Sukan mula diadakan pada hari ini. Pembahagian murid mengikut permainan telah diadakan. Demikian juga dengan guru-guru yang baru saja di tempatkan di sekolah ini.
PK KoKum Pn.Daini sedang memberikan ucapan kepada pelajar
Friday, 4 October 2013
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL.
Pada 03.10.2013 SK. Masalog telah mengadakan Karnival Permainan Tradisional. Pelbagai jenis permainan telah dipertandingkan. Acara ini telah dirasmikan oleh En. Jimson Majemal PPD Kota Marudu.
Monday, 1 April 2013
CHECKMATE DI TAIPING 2013
Pada 23hb. Mac hingga 30hb Mac 2013 yang lepas, Pertandingn Catur Peringkat Kebangsaan MSSM 2013 telah diadakan di Hotel Taiping Perdana.
Dalam kejohanan kali ini, seorang pelajar dari sekolah ini telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan. Pelajar itu ialah adik Mohd. Irfan Kee Charles, seorang pelajar dalam Tahun 6 Rafflesia.
Adik Mohd. Irfan Kee telah mewakili Sabah ke Petandingan Catur bersama 3 orang peserta lain bagi Kategori Lelaki bawah 12 Tahun dan berjaya mendapat tempat ke 6 daripada 16 pasukan dari 13 negeri dan 3 wilayah di Malaysia. Syabas adik Mohd. Irfan Kee...teruskan perjuangan !

Pasukan Kategori Lelaki bawah 12 Tahun yang mewakili Sabah dari kiri ke kanan
Adik Fadil (baju kuning), Adik Irfan Kee , Adik Aiman dan Adik Abera.
Monday, 8 October 2012
LAWATAN BERMAKLUMAT PELAJAR DAN STAF SK. MASALOG KE TAMAN PERTANIAN SABAH @ LAGUD SEBERANG
Pada 5,6,7 hb Oktober 2012 yang lepas, pelajar dan staff Sk. Masalog
telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Taman Pertanian Sabah yang
terletak di Tenom. Taman ini dikenali juga sebagai Taman Lagud
Seberang.
Seawal jam 7.00 pagi ahli rombongan berkumpul di kawasan sekolah dan memulakan perjalanan pada jam 8.00 pagi. Rombongan sampai di Taman Pertanian Sabah pada jam 2.50 petang. Setibanya di taman, ahli rombongan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tinggal dalam chalet serta asrama yang telah disewa.
Setelah berehat seketika pelajar dan guru mengadakan beberapa aktiviti.
Pelajar dan staf melawat sekitar taman menaiki train..kalau mau jalan kaki atau berbasikal pun boleh juga, taman ada menyediakan basikal untuk disewa pada kadar rm2 sejam. Keluasan taman yang boleh dilawat menaiki train ini adalah seluas 200 ekar :)
Setelah melalui pelbagai aktiviti selama 3 hari ahli rombongan bertolak kembali ke Kota Marudu pada hari ahad 7hb Oktober jam 11.00 pagi, Rombongan selamat sampai di Kota Marudu tanpa sebarang masalah...syukurlah dan ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang telah bekerja keras menjayakan program ini...Tahniah !!!

peserta mendengar taklimat dan membaca doa sebelum meneruskan aktiviti "jungle tracking"
YDP PIBG turut serta dalam lawatan bermaklumat ini :)
selain merentasi hutan, peserta perlu mendaki bukit pada ketinggian 900meter :)
laluan yang agak mencabar, kena lalu kawasan buluh yang berduri :)
antara spesies rebung terbesar dalam hutan ini :)
peserta perlu menaiki lori untuk sampai ke tapak permulaan sebelum memulakan pendakian :)
acara BBQ dan karoke turut diadakan pada sebelah malam :)
acara penyampaian hadiah kepada peserta terbaik bagi setiap aktiviti
Setelah melalui pelbagai aktiviti selama 3 hari ahli rombongan bertolak kembali ke Kota Marudu pada hari ahad 7hb Oktober jam 11.00 pagi, Rombongan selamat sampai di Kota Marudu tanpa sebarang masalah...syukurlah dan ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang telah bekerja keras menjayakan program ini...Tahniah !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)