Team
Kebudayaan SeKeMas telah ditubuhkan semenjak tahun 2006. Saban tahun
pelbagai tarian digubah dan dipersembahkan semata-mata untuk memeriahkan
lagi acara yang diadakan dan Saban tahun juga team ini bertukar wajah.
Tidak kira apa jua acara sama ada sukan di padang ataupun acara rasmi di
dewan, pasti kelibat Team Kebudayaan SeKeMas ada di situ untuk mewarnai
suasana.
Bukan nak temberang, tapi rasanya macam tawar-taawar kalau team kebudayaan SeKeMas ni tidak beraksi..
Semenjak
ianya ditubuhkan, pelbagai kerenah pelajar yang menyertai team ini. Ada
yang kayu, ada yang 'sutung', papan, playwood, tonduyutung dan
macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang mempunyai kebolehan luar biasa
yang boleh masuk dalam apa jua genre tarian yang diperkenalkan, serba
boleh la katakan... Walau apapun sifat mereka, saya amat berterima kasih
dan amat berbangga dengan team ini dan semua bekas-bekas ahlinya. Jauh
sudah pengembaraan mereka dalam memperjuangkan kebudayaan ini dari
peringkat sekolah, daerah, negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Bagi
saya apa yang penting dalam team ini bukan sahaja persembahan yang
menarik tapi disiplin diri dan tranformasi yang dapat saya terapkan
kepada ahli-ahli team. Buktinya, persembahan tetap cemerlang walaupun
ada yang kayu.. kerana yang kayu itu juga sudah dapat ditransformasikan
menjadi selembut satin hasil jerih payah latihan yang tidak mengenal
penat dan disiplin yang tinggi.
Dengan
hanya berbekalkan tempoh latihan yang singkat dan terhad, disertai
dengan semangat, keberanian dan kejujuran, mereka beraksi dengan penuh
lemah gemalai dan tangkas. Setiap kali itu juga air mataku hampir jatuh
melihatkan hasil titik peluhku.. Bukan sedih kerana tidak bagus, tetapi
sebak kerana terlalu gembira.. Gembira melihat anak didikku berjaya
melawan perasaan malu dan sekaligus menggamit perhatian semua penonton
sepanjang persembahan. Pernahkan kita bertanya apa ganjaran yang kami
dapat daripada persembahan yang cemerlang itu?? Jawapannya hanyalah
tepukan yang gemuruh dari penonton. Itulah ganjaran yang kami terima
setiap kali selesai persembahan selain ucapan tahniah dan pujian yang
melangit.
Buat
anak-anakku yang pernah menyertai Team Kebudayaan SeKeMas ini, ingatlah
bahawa tiada ruginya kita menghayati budaya bangsa kita sendiri. Kita
seharusnya berbangga menarikan tarian suku bangsa 1 Malaysia kita
daripada anak muda lain yang tidak langsung kenal erti tarian
kebudayaan.
Nampak
jelas apabila ramai anak muda sekarang ini yang terpengaruh dan
terikut-ikut dengan tarian Hip-hop, Breakdance, Shuffle dan
bermacam-macam lagi tarian yang entah dari mana puncanya. Seperkara yang
harus kita ingat, jangan sekali-kali kita lupa asal usul kita. Kita
lahir dalam negara Malaysia dan kita mempunyai khazanah kebudayaan yang
tidak ternilai harganya. Tidak akan lahir generasi kini kalau tidak
dimulakan oleh generasi kuno dahulu yang hidup dan matinyanya
bergelumang dengan kebudayaan ini. Kalau bukan kita yang sepatutnya
menjunjung kebudayaan bangsa kita, siapa lagi? Kalau ditanya kepada
warga asing (bukan orang Malaysia), adakah mereka mahu manyanjung
kebudayaan kita? Jawapannya pasti 'TIDAK' kerana mereka juga mempunyai
kebudayaan tersendiri yang harus diperjuangkan. Jadi mengapa harus kita
membangga-banggakan kebudayaan orang asing sedangkan mereka tidak mahu
langsung mempelajari kebudayaan kita? Tepuk dada tanya selera.. Gunakan
fikiran yang waras untuk mencari jawapannya...
Selaku
jurulatih tidak bertauliah kepada team ini, saya amat menyanjung tinggi
kepada generasi kini yang masih mahu mempertahankan dan mengajarkan
kebudayaan negara ini kepada golongan muda. Kita seharusnya berbangga
apabila anak-anak kita mahu mewarisi kebudayaan yang tidak ternilai
harganya ini. Suatu ketika nanti kita yang dah lanjut usia ni akan
bersara dan sudah tidak mampu untuk meneruskan usaha murni ini..
generasi muda kinilah yang akan terus mewarisi, mengamalkan dan
menurunkannya kepada generasi akan datang. Bak kata pepatah, 'yang patah
kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Syabas dan tahniah kepada semua
pihak yang pro kebudayaan. Jangan berhenti selagi hayat dikandung
badan... Hidup Malaysia!! Adios...BY : PAPA DARWISH
No comments:
Post a Comment